Sunday 20 November 2011

Berakhir Sudah Perlawanan Bagi Sesi 19 November 2011.

 Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi akhirnya selesai program Perlawanan Counter Strike yang dianjurkan bersempena Karnival Keusahawan 2011. 

Perlawanan ini berlangsung di Makmal CAD 4 berdekatan dengan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKMP) pada Sabtu, 19 November 2011.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada kawan-kawan yang terlibat dalam memastikan perlawanan ini lancar. Siapa lagi kalau bukan Eclipse-S Team. (Ehem-ehemmm..) dan tak lupa juga kepada para peserta yang mengambil bahagian. 

Selit sikit gambar semasa perlawanan semalam. Agak-agak manalah tahu ada muka-muka yang kenal atau berkenan ke.. Esesehh.. :)


SEBELUM PERLAWANAN BERLANGSUNG.



Berbincang dan memberi penerangan ringkas kepada para peserta.

 

Sementara menunggu para peserta cukup kumpulan, warm up dulu test skill. Manalah tahu, gelabah terlupa pulak mana satu mouse dengan mana satu keyboard kan.. 


PERLAWANAN BERMULA.. KILL KILL DIE DIE!!!


AWEK MAIN COUNTER STRIKE OWWW.... !!

Apa yang menariknya, penyertaan kali ini disertai peserta wanita. Siapa kata perempuan tau main masak-masak saja. Kan?
 
 Power kot awek Arsenal ni main.. wewit-wewit.. :)

 SERVER

 Tanpa server, memang susahlah nak pantau segala aktiviti semasa perlawanan kan.. Itu tujuannya tugas seorang server. Ecewahh.. :)




  
Server yang mengendalikan sepanjang perlawanan berlangsung (kononnya). 
Kontrol hensem nampak.. wakaka. :)


 TAMAT SUDAH...


Kepada para peserta, dijemput petang ini menyertai majlis Penutupan Karnival Keusahawan 2011 bertempat di Tapak Kolej Kediaman Tun Dr Ismail pada pukul 4 petang ini, Ahad 20/11/2011. 

Dan kepada para pemenang, diminta datang untuk menerima hadiah. 
Sekian terima kasih daripada kami,


ECLIPSE-S TEAM. 


Insyaallah, diharap ada lagi aktiviti di masa akan datang akan mendapat lebih banyak sambutan. Jyeah! :)



Eclipse-S Team

Tuesday 15 November 2011

Pengutipan Borang Penyertaan...!!

Hello CS Gamer!!


 Debarannya sudah tiba...!!!

 

Apa yang ditunggu lagi.....???? 
 Hantarkan borang anda kepada kami 
SEKARANG!


Untuk makluman, kami akan kutip borang penyertaan anda pada :

16 November 2011
Hari rabu (2-5 petang)

dan 

 18 November 2011
Jumaat (10-11pagi dan 3-5 petang)


Bertempat :


Pusat Niaga Siswa.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami di talian ini :


Raja Hafizuddin (013-5010706)







Sekian terima kasih... !! :)



-Eclipse S Team-

Wednesday 9 November 2011

Kami masih mahu penyertaan anda, Gamers!!


Hello CS Gamer! Sudah isi borang penyertaan? Come on-lah.. Apa yang ditunggu lagi. Tunjukkan bakat semula jadi tu kepada kami, kepada semua!!



Seperti yang sedia maklum, 19 Nov 2011  ini akan berlangsung perlawanan Counster Strike dan tarikh tutup penyertaan pada 17 Nov 2011. Lagi cepat anda hantar borang, lagi cepat kami proses untuk peringkat seterusnya. Mana tahu, silap-silap tuah berada di tangan anda.Ewahhhh!


Hadiah menarik bakal menanti anda. Apa tunggu lagi...!


Reload up!!!


Jangan lepaskan peluang kali ini!! Jyeah!!


Mari bersama meriahkan aktiviti yang sihat. Takkan 24 jam sibuk dengan assignment ja kann.. Don't be so noob-lah. :)




-Eclipse-S Team-

Sunday 30 October 2011

Download Map Fy_Snow dan Software CS 1.6, jyeah !!

Mungkin ada kawan-kawan kita yang tertanya tentang map Fy_Snow. Inilah map yang akan dipertandingkan semasa perlawanan nanti. Kita nak uji sikit skill tengok power tak power, kan.


Simple dan mudah. Tak perlu collect duit banyak-banyak. Just pick up weapon dan terus fight to survive next round. Kill kill die die, jyeah!



 

Macam biasa. Dalam pertandingan menjadi adat ada kalah dan ada menang. So, no heart feeling and just play the game!!


Map dan CS 1.6 boleh download pada Tabs DOWNLOAD di atas.



Jika ada sebarang kesulitan atau masalah, let's us know a.s.a.p and we will try our best. Setiap orang ada kekurangan kan, chill-lah oke. Thanks for all supporter!!!

*big clap for you all!* :)



P/s : Kemenangan pada next round, kemungkinan besar akan berubah map yang lain (bersyarat mengikut situasi jika tiada bantahan). Untuk lebih informasi, stay tune! :)



-Eclipse-S Team-

Thursday 27 October 2011

Counter Strike Tournament Uthm 2011!

Boleh godek-godek pada halaman ini untuk info tentang pertandingan yang bakal berlangsung pada 19-20 Nov 2011.



Do you dare to join? Come-lah everybody!!


Terma dan syarat pertandingan boleh dilihat pada tabs Tournament di menu atas.
Download borang online juga terdapat di laman blog sini. Thanks. :)



Let's play and enjoy the game !!!




 -Eclipse-S Team-